Anda dah bersedia menyambut Ramadhan?
Kurang sebulan lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan al Mubarak. Ramadan adalah peluang untuk mendapatkan pengampunan dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Pihak Masjid Taman Pulai Indah ingin membuka ruang utk para penduduk Taman Pulai Indah dan taman sekitar untuk memberi sumbangan idea, kewangan dan tenaga bagi menjalankan program ramadhan pada tahun ini. Satu hadith menyatakan:
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614)
Dalam persediaan menyambut Ramadhan, kami amat mengalu-alukan sumbangan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga dari segi idea untuk mengembangkan lagi peranan masjid sebagai pusat komuniti di taman ini.
Kami juga mengharapkan idea, cadangan dan pandangan dari semua ahli kariah berkenaan program yang patut dijalankan pada bulan Ramadhan ini. Sumbangan dari segi idea boleh disalurkan kepada kami melalui laman www.masjidpulaiindah.com/cadangan.
Sumbangan kewangan boleh disalurkan kepada kami secara offline (tabung Masjid, termasuk tabung drive through di luar pagar masjid) atau secara online melalui www.masjidpulaiindah.com/derma. Sekiranya ada yang berminat untuk menyumbang tenaga dan kepakaran boleh juga mendaftar sebagai sukarelawan MTPI di www.masjidpulaiindah.com/sukarela.
Marilah sama-sama mencari keredhaan Allah menghampiri Ramadhan tahun ini.
"Ya Allah Kurniakanlah kepada orang yang menafkahkan hartanya, gantian yg lebih baik."